Sentoria Press Release

Sentoria Press Release

For Immediate Release

Sentoria Peroleh Keyakinan Padu Pemegang Saham – Cadangan RCB Diluluskan

Seri Kembangan, Kuala Lumpur; 25 April, 2024 – Sentoria Group Berhad (“Sentoria”) hari ini telah mencipta satu lagi pencapaian keramat dengan berlangsungnya mesyuarat agung luar biasa yang merupakan langkah penting ke arah pengukuhan semula kewangan syarikat. Mesyuarat yang berlangsung sepenuhya secara dalam talian ini mendapat penglibatan padu daripada para pemegang saham termasuk agensi pelaburan negeri Pahang sekaligus membuktikan komitmen jitu para pemegang saham terhadap halatuju strategik syarikat.

Dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Sentoria, Datuk Ras Adiba Radzi, dengan dihadiri oleh semua ahli Lembaga Pengarah, mesyuarat bertujuan untuk mendapatkan kelulusan para pemegang saham terhadap cadangan menerbitkan bon boleh tukar boleh tebus (RCB) yang bakal dilaksanakan secara bersama dengan inisiatif penggabungan saham. Sokongan padu hampir 99.9% diperolehi daripada para pemegang saham yang layak mengundi, termasuk entiti pelaburan Negeri Pahang yang juga merupakan pemegang saham kedua terbesar Sentoria. Sokongan ini mencerminkan keyakinan pemegang saham terhadap usaha memberi nafas baru buat Sentoria.

Berikutan kelulusan bersyarat oleh Bursa Malaysia bulan lepas, kelulusan resolusi RCB yang diberikan hari ini bakal memuktamadkan penerbitan peringkat awal bon yang distrukturkan dalam tiga tranche utama dengan pematuhan piawaian kawal selia. Dato’ Loh, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, menzahirkan penghargaan yang tak terhingga atas berita kelulusan cadangan RCB yang amat dinantikan ini. “Kami sedang dalam fasa pemulihan korporat yang menyeluruh. RCB berperanan dalam menyegarkan aliran tunai Sentoria, melunaskan komitmen dengan bank, menyegerakan penyiapan semua projek perumahan tertangguh di Teluk Morib, Selangor serta menghidupkan kembali taman tema menerusi perkongsian strategik. Secara tuntas, kelulusan cadangan RCB membolehkan Sentoria menunaikan janji kepada para pembeli kediaman Sentoria, menyelesaikan isu berbangkit dengan pihak bank berkaitan pinjaman belum bayar, membiayai projek baru di Morib, menghidupkan semula operasi taman tema di Gambang, Pahang dan Samariang, Sarawak. Semua ini akan meningkatkan nilai hartanah sekaligus memberikan pulangan yang mampan buat pemegang saham serta pulangan yang adil kepada institusi perbankan yang menyokong Sentoria,” jelas Dato’ Loh.

Penerbitan bon RCB yang dilaksanakan secara bersama dengan inisiatif penggabungan saham, dalam nisbah empat kepada satu unit saham, mencerminkan komitmen Sentoria terhadap pengurusan kewangan yang fleksibel dan berdisiplin. RCB membolehkan Sentoria untuk mendapatkan dana dari pasaran (modal) – bon RCB ini telah dilanggan sepenuhnya oleh Triton Capital VCC berpengkalan di Singapura. Penasihat utama bon RCB telah menstruktur bon RCB sebagai bon boleh tukar dimana bon RCB akan ditukarkan kepada saham biasa dengan jumlah maksimum saham boleh tukar ditetapkan pada 306, 690, 544. Saham tukaran ini adalah tambahan kepada saham sedia ada (setelah penggabungan) sebanyak 155, 744, 497 (termasuk saham perbendaharaan). Nilai agregat bon RCB sebanyak RM150 juta bakal digunakan untuk menyokong inisiatif pembangunan perniagaan, membaiki aliran tunai, mengurangkan pinjaman bank serta meningkatkan modal kerja syarikat – yang kesemuanya merupakan komponen utama dalam proses pemulihan strategik
Sentoria.

Datuk Ras Adiba Radzi, Pengerusi Lembaga Pengarah Sentoria, menegaskan komitmen pasukan pengurusan baru Sentoria terhadap tahap integriti dan ketelusan yang tinggi dalam penggunaan dana RCB, sekaligus memperlihatkan dedikasi pengurusan Sentoria dalam merealisasikan potensi penuh Sentoria selain daripada mencipta nilai buat semua pemegang taruh. “Sentoria bertekad untuk memegang amanah yang diberikan oleh para pemegang saham dan pembiaya. Kepimpinan baru and seluruh pasukan tekad untuk melaksanakan RCB sedaya dan sebaik yang kami mampu demi membina hari esok yang lebih bermakna,” jelas Datuk Ras Adiba. Pasukan baru Sentoria menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan daripada para pemegang saham, rakan, pembekal, pembiaya serta pemegang taruh dimana kolaborasi yang terjalin kini menjadi tunjang kepada tercapainya matlamat pemulihan Sentoria.

Mengenai Sentoria

Memperkasa Impian, Membina Nilai: Sentoria Homes oleh Sentoria Group Berhad

Di Sini Impian Terealisasi Dengan Kemampuan. Membina Hari Esok Yang Lebih Bermakna.

Sentoria Homes menjelmakan gabungan kediaman mampu milik dan potensi pelaburan yang dibawakan kepada anda oleh Sentoria Group Berhad. Dikenali dahulunya sebagai Sentoria Development Sdn Bhd, perjalanan yang bermula sejak tahun 2000 kini telah menyaksikan transformasi kami daripada sekadar kontraktor binaan kepada pelopor dalam pembinaan kediaman mampu milik yang berkualiti.

Sentoria Homes menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan transformatif kami, dimana setiap pelaburan menyumbang kepada pembentukan kehidupan yang lebih bermakna dan pembangunan nilai yang abadi. Sertai kami dalam mewujudkan komuniti dimana impian terealisasi dengan kemampuan, dan pelaburan menghasilkan bukan sahaja pulangan kewangan tetapi turut membawa impak positif kepada kehidupan. Sentoria Homes – di sini kemampuan dan kebijaksanaan pelaburan menyatu.

Membina Hari Esok Yang Lebih Bermakna

Bagi pertanyaan berkaitan media, sila hubungi:

Aaishah Bohari
Mobile  : +60104335143
E-mail  : aaishah.bohari@abartho.com

Robitahani Zainal
Mobile  : +6012 225 8733
E-mail  : robitahani.abartho@gmail.com

Bagi pertanyaan berkaitan hubungan pelabur, sila hubungi:

Dr. Farizal Razalli (PhD)
Mobile : +60 16 652 3697
E-mail  : drf@abartho.com

Nota: Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang bersifat memandang ke hadapan, justeru tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian. Kandungan akhir mungkin berbeza daripada apa yang dinyatakan baik secara jelas mahupun tersirat. Sila rujuk kepada pemakluman Syarikat kepada Bursa Malaysia bagi memastikan pengurusan risiko dan ketidakpastian yang boleh menjejaskan prestasi masa hadapan Syarikat di pautan di bawah:

https://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=143862&name=EA_GA_ATTACHMENTS

LAMPIRAN: PROJEK TERKINI DI BANDAR MORIB BAY RESORT BERSERTA STATUS
(DIPEROLEH/DALAM PROSES) KELULUSAN KPKT

PROJECT NAME DESCRIPTION GROSS DEVELOPMENT VALUE (“GDV”) CONTRACT VALUE COMPLETION STATUS (APPROXIMATION) EXPECTED DATE OF COMPLETION
Morib Seroja • 165 units of singlesingle-storey terrace houses. RM 39.4 million 81% 2nd quarter of 2024
Morib Mawar • 44 units of single single-stor ey terrace houses. RM 10.5 million 70% 2nd quarter of 2024
Morib RSKU Orkid • 148 units of single-storey terrace houses RM 30.2 million 42% 2nd quarter of 2024