Sentoria Press Release

Sentoria Press Release

For Immediate Release

Kumpulan Sentoria Terima Kelulusan KPKT – Pecutan Pembangunan Projek bagi Pembeli

Seri Kembangan, Kuala Lumpur; 5 Februari, 2024 – Kumpulan Sentoria Berhad (“Sentoria”) telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meneruskan projeknya. Pemaju telah diberikan pelepasan sementara daripada senarai pembangunan perumahan tertunda (kategori projek sakit). Notis itu dilihat tepat pada masanya, selari dengan proses pemulihan korporat Sentoria yang menyaksikan pelantikan pengurusan kanan yang baru disamping penstrukturan semula lembaga pengarah bagi memacu kumpulan ke hadapan.

Dato’ Loh Yuen Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sentoria Group Berhad, menzahirkan rasa terima kasih beliau atas keputusan KPKT itu sambil menyatakan bahawa, “Kami amat mengalu-alukan dan menghargai berita baik ini. Pelepasan ini menjadi titik tolak penting dimana kami kini dberikan sokongan yang amat diperlukan untuk menyelesaikan projek pembangunan kritikal kami di Morib, yang sudah tentunya memanfaatkan pelanggan kami yang dihargai.”

Dengan kelulusan KPKT ini projek Orkid, sebuah projek pembangunan rumah teres di Teluk Morib, Selangor, akan dapat dipercepatkan. Projek ini merangkumi 148 unit rumah teres satu tingkat, dimana 126 unit sudah terjual, dijangka akan dapat disiapkan menjelang Jun 2024, lengkap dengan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC). Selain itu, dua lagi projek di Teluk Morib iaitu projek Seroja dan Mawar, yang telah habis dijual, dijangka siap pada suku pertama 2024. Jumlah GDV bagi ketiga-tiga projek ini dijangka mencecah RM80 juta.

Dato’ Loh turut menekankan bahawa, “Dedikasi untuk menyiapkan projek adalah utuh sekaligus membuktikan komitmen kami kepada pelanggan, khususnya dalam rangka inisiatif Rumah Selangorku. Buat semua warga Selangor, Sentoria berikrar untuk memastikan rumah yang anda dambakan bakal menjadi milik anda tidak lama lagi.” Justeru, sokongan daripada KPKT bukan sahaja mempercepatkan penyiapan projek sedia ada tetapi juga membuka laluan untuk Sentoria menyambung semula pembangunan projek yang telah tertangguh sebelum ini.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan pemulihan korporat Sentoria, Dato’ Loh mengesahkan bahawa Sentoria telah berjaya meyerahkan cadangan kepada Bursa Malaysia yang mengandungi dua inisiatif saling terkait iaitu Penyatuan Saham dan Bon Boleh Tukar Boleh Tebus (“RCB”). “Cadangan ini bertujuan untuk mempamerkan komitmen Sentoria dalam menstruktur semula modal dan meningkatkan kecairan di pasaran saham. Hal ini lantas akan memberi isyarat positif kepada pasaran, sekaligus membuktikan keupayaan Sentoria untuk memuktamadkan pembangunan projek sedia ada serta menjamin pembiayaan projek akan datang,” kata Dato’ Loh.

Mengenai Sentoria

Memperkasa Impian, Membina Nilai: Sentoria Homes oleh Sentoria Group Berhad

Di Sini Impian Terealisasi Dengan Kemampuan. Membina Hari Esok Yang Lebih Bermakna.

Sentoria Homes menjelmakan gabungan kediaman mampu milik dan potensi pelaburan yang dibawakan kepada anda oleh Sentoria Group Berhad. Dikenali dahulunya sebagai Sentoria Development Sdn Bhd, perjalanan yang bermula sejak tahun 2000 kini telah menyaksikan transformasi kami daripada sekadar kontraktor binaan kepada pelopor dalam pembinaan kediaman mampu milik yang berkualiti.

Sentoria Homes menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan transformatif kami, dimana setiap pelaburan menyumbang kepada pembentukan kehidupan yang lebih bermakna dan pembangunan nilai yang abadi. Sertai kami dalam mewujudkan komuniti dimana impian terealisasi dengan kemampuan, dan pelaburan menghasilkan bukan sahaja pulangan kewangan tetapi turut membawa impak positif kepada kehidupan. Sentoria Homes – di sini kemampuan dan kebijaksanaan pelaburan menyatu.

Membina Hari Esok Yang Lebih Bermakna

Bagi pertanyaan berkaitan media, sila hubungi:

Aaishah Bohari
Mobile  : +60104335143
E-mail  : aaishah.bohari@abartho.com

Robitahani Zainal
Mobile  : +6012 225 8733
E-mail  : robitahani.abartho@gmail.com

Bagi pertanyaan berkaitan hubungan pelabur, sila hubungi:

Dr. Farizal Razalli (PhD)
Mobile : +60 16 652 3697
E-mail  : drf@abartho.com

Nota: Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang bersifat memandang ke hadapan, justeru tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian. Kandungan akhir mungkin berbeza daripada apa yang dinyatakan baik secara jelas mahupun tersirat. Sila rujuk kepada pemakluman Syarikat kepada Bursa Malaysia bagi memastikan pengurusan risiko dan ketidakpastian yang boleh menjejaskan prestasi masa hadapan Syarikat di pautan di bawah:

https://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=143862&name=EA_GA_ATTACHMENTS

LAMPIRAN: PROJEK TERKINI DI BANDAR MORIB BAY RESORT BERSERTA STATUS
(DIPEROLEH/DALAM PROSES) KELULUSAN KPKT

PROJECT NAME DESCRIPTION GROSS DEVELOPMENT VALUE (“GDV”) CONTRACT VALUE COMPLETION STATUS (APPROXIMATION) EXPECTED DATE OF COMPLETION
Morib Seroja • 165 units of singlesingle-storey terrace houses. RM 39.4 million 81% 2nd quarter of 2024
Morib Mawar • 44 units of single single-stor ey terrace houses. RM 10.5 million 70% 2nd quarter of 2024
Morib RSKU Orkid • 148 units of single-storey terrace houses RM 30.2 million 42% 2nd quarter of 2024