Sentoria teruja melancarkan laman sesawang terbarunya yang dijenama dan diperbaharui semula. Laman sesawang baru ini menekankan kepada keperluan untuk memberikan para pelawat dan pemegang taruh Sentoria pengalaman dalam talian yang mesra pengguna dan mengasyikkan.
Salah satu ciri utama dalam laman sesawang terbaru ini ialah reka bentuk yang bersifat responsif, dimana paparan kandungan akan disesuaikan mengikut pelantar pengguna baik komputer riba mahupun telefon pintar. Ciri ini akan memberikan pengalaman melayari laman sesawang yang lancar seterusnya membolehkan para pengguna menghayati kandungan laman sesawang Sentoria di mana sahaja tanpa mengira waktu.
Navigasi laman sesawang telah distrukturkan agar para pengguna dapat mencapai segala maklumat yang diperlukan. Menu halaman amat intuitif justeru memudahkan akses kepada bahagian utama dalam laman sesawang. Samada pengguna mahu mencari perincian berkaitan projek terkini Sentoria, berita dan kemaskini mutakhir atau berhubung dengan kami, laman sesawang baru ini memastikan pengalaman dalam talian yang efisien.