Taman Tema Air Bukit Gambang

Lokasi

Bandar Peranginan Bukit Gambang, Pahang

Status

Siap Sepenuhnya

Taman Tema Air Bukit Gambang

Lokasi

Bandar Peranginan Bukit Gambang, Pahang

Status

Siap Sepenuhnya

Pengembaraan Sekeluarga Menanti di Taman Tema Air Bukit Gambang!

 

Daya tarikan serta suasana indah memikat hati di Bukit Gambang Resort City, yang berada di tengah-tengah Gambang, Pahang pasti akan membuat anda terpesona. Terletak hanya 30 minit dari bandar Kuantan dan 2 ½ jam dari pusat bandar Kuala Lumpur, Taman Tema Air Bukit Gambang ini pasti dapat memberikan detik-detik menyeronokkan serta kekal di dalam kenangan pengunjungnya.

Alamilah Keriangan yang Tiada Tandingan di Taman Air Bukit Gambang

 

Kolam ombak kami menjanjikan pengalaman amat menarik dan mendebarkan! Dari 8 mod ombak yang unik, ke pengalaman merakit terpanjang di Malaysia bersama keluarga, setiap sudut taman tema air ini menawarkan kegirangan yang tidak dapat ditandingi! Dan yang paling menarik – kami merevolusikan pengalaman anda dengan sistem tanpa tunai, "E-value" yang terkini. Ucapkan selamat tinggal kepada keperluan membawa tunai – hanya muatkan gelang tangan anda dan terus alami aksi yang menakjubkan!

 

Jadi, jangan tunggu lagi! Capai pelampung anda dan terus terjun ke hari yang penuh kegembiraan! Kembara anda bermula sekarang di Taman Air Bukit Gambang!

Pesona Taman Tema Air Gambang

Ambillah peluang bertanya khabar kepada maskot kami bila anda terjumpa dengannya di sekitar taman tema air!
Cubalah Family Raft Ride kami dengan liku-liku yang menarik dan alamilah salah satu perjalanan tema air terpanjang di Malaysia.
Minat aktiviti yang berdebar? Bersedialah untuk pengembaraan yang pantas melonjak dan bergelombang, sambal berpeluang berlumba dengan rakan-rakan anda ke dasar slaid.
Kanak-kanak pasti akan menggemari slaid di zon Aqua Play kami! Tempahan kabana yang betul-betul di sebelah zon ini, sesuai untuk kumpulan keluarga besar!
Pernahkah anda alami percikan bergelen air piranha gergasi atau menerokai taman permainan tema air dan menikmati percikannya? Pasti ia akan menjadi kegemaran sepanjang masa.
Berehat dan bersantai dengan bunyi ombak yang menghempas perlahan-lahan di pasir keemasan. Binalah istana pasir atau melungsuri ombak di Pantai Coco. Pasti tiada cara yang lebih baik untuk menghabiskan waktu petang di sini.

Accommodation

Caribbean Bay Resort

 

Menampilkan 578 unit penginapan yang terdiri daripada Suite Keluarga, Suite Studio dan Suite Deluxe.

Arabian Bay Resort

 

546 suite penginapan yang dilengkapi dengan kemewahan berserta kemudahan mesyuarat dan persidangan yang komprehensif.

Pusat Peranginan Warisan Global

 

Vila resort bertema desa yang terdiri daripada banglo 2 tingkat dan 3 tingkat.

Tarikan Lain di Bandar Peranginan Bukit Gambang

Taman Safari Bukit Gambang

 

138-ekar persekitaran semula jadi yang pelbagai, rumah kepada berbagai jenis haiwan, burung dan hidupan tumbuhan.

Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran

 

Bukit Gambang M.I.C.E, menyediakan tempat sehenti samaada untuk kegunaan persendirian seramai sepuluh orang mahupun untuk konvensyen sehingga tiga ribu orang.

Pengembaraan & Pembinaan Pasukan

 

Perkasakan tenaga kerja anda dengan aktiviti pembinaan pasukan yang kreatif dan menyeronokkan, serta diketuai oleh pasukan profesional yang berdedikasi, bagi 350 peserta maksimum, pada satu masa.