Bandar Peranginan Borneo Samariang

Lokasi

Kuching, Sarawak

Status

Siap Sepenuhnya

Bandar Peranginan Borneo Samariang

Lokasi

Kuching, Sarawak

Status

Siap Sepenuhnya

Gerbang Kebahagiaan Subbandar Anda di Kuching

Terokai dunia keriangan dan kehidupan subbandar di Bandar Peranginan Borneo Samariang, suatu pembangunan bervisi di sebalik kepesatan Bandar Baru Samariang di utara Bandaraya Kuching. Dengan perkembangan pesat perbandaran satelit terbaru ini, anda boleh mula membayangkan masa depan dimana anda menjadi sebahagian daripada komuniti dinamik yang dijangka mencecah 200,000 orang dengan 40,000 unit kediaman.

Peranginan Berintegrasi Borneo Samariang Yang Diimpikan

Mulakan pengembaraan 10 tahun untuk suatu pembangunan yang tiada tandingannya di Bandar Peranginan Borneo Samariang - Bandar Peranginan Berintegrasi seluas 500 ekar yang direka khusus untuk tujuan keriangan dan kebahagian subbandar. Bayangkan suatu destinasi peranginan primer di Kuching, Sarawak yang menawarkan tarikan bertaraf dunia seperti Taman Air dan Taman Safari selain daripada kemudahan penginapan melebihi daripada 2,000 bilik, aktiviti pembinaan paskan serta perkhidmatan bot persiaran yang menawan.

Jemputan Daripada Borneo Samariang Untuk Suatu Kehidupan Yang Berkualiti

Penuhi keinginan anda untuk pilihan kediaman yang berkualiti lagi mampu dimiliki disebalik pembangunan komersil dan infrastruktur peruncitan. Pusat Peranginan Borneo Samariang bukan hanya sekadar tempat tinggal, sebaliknya merupakan alasan bagi para pelawat tempatan dan antarabangsa untuk memanjangkan keberadaan mereka di Kuching. Alamilah sinergi pembangunan yang memberi nilai tambah kepada produk pelancongan di kawasan Damai sekaligus menjanjikan pengalaman santai bersama keluarga yang sihat dan mampu milik kepada komuniti setempat.

Pekerjaan, Pertumbuhan dan Kemakmuran

Impak projek ini amat besar bila mana hampir 2,000 peluang pekerjaan sepenuh masa dengan gaji lumayan bakal diwujudkan apabila projek mula beroperasi kelak. Selain itu, pelbagai peluang pekerjaan sampingan turut dijangka seterusnya menyumbang kepada impak positif berterusan daripada projek ini. Mengambil inspirasi daripada kejayaan di Bandar Peranginan Bukit Gambang di Kuantan, Pahang yang dioperasi sepenuhnya oleh Kumpulan Sentoria, Bandar Peranginan Borneo Samariang dibangunkan khusus untuk memenuhi tuntutan pasaran yang unik di Sarawak. Masa depan menanti anda di bandar peranginan yang pesat membangun ini - miliki gaya hidup yang anda impikan selama ini.