Tentang Kami

Selamat datang ke Sentoria! Misi kami bukan sekadar membina kediaman, tetapi mewujudkan impian rumah idaman milik anda dan seluruh rakyat Malaysia. Kami percaya, rekabentuk ruang kediaman ciptaan kami mencerminkan kepelbagaian dan aspirasi bangsa dan negara kita. Kami di Sentoria, dengan penuh kesyukuran, berazam untuk memberikan komitmen yang jitu untuk menyediakan rumah-rumah yang sudah tentu, dapat anda dimiliki.

Tentang Kami

Selamat datang ke Sentoria! Misi kami bukan sekadar membina kediaman, tetapi mewujudkan impian rumah idaman milik anda dan seluruh rakyat Malaysia. Kami percaya, rekabentuk ruang kediaman ciptaan kami mencerminkan kepelbagaian dan aspirasi bangsa dan negara kita. Kami di Sentoria, dengan penuh kesyukuran, berazam untuk memberikan komitmen yang jitu untuk menyediakan rumah-rumah yang sudah tentu, dapat anda dimiliki.

Profil Syarikat

Sentoria Group Berhad merupakan jenama yang disegani dalam industri pembangunan hartanah dan pembinaan di Malaysia sejak lebih dua dekad. Bersandarkan kepada komitmen untuk kecemerlangan, Sentoria telah berjaya menyempurnakan pembangunan hartanah dengan nilai ditaksir melebihi RM1.6 billion yang diterima baik oleh para pembeli. Menambahkan lagi kepuasan para pembeli, pembangunan hartanah oleh Sentoria meletakkan fokus utama kepada menjadikan pemilikan kediaman buat semua menerusi harga mampu milik.

Iltizam Sentoria dalam membina komuniti yang inklusif dan ceria terpancar jelas dalam projek pembangunannya di setiap lokasi seperti Kuantan, Morib dan Kuching. Tidak kira pembangunan kediaman mahupun projek taman tema air, projek Sentoria senantiasa melambangkan inovasi, kecemerlangan dan komitmen untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan serta pemegang taruh.

Iltizam Sentoria dalam membina komuniti yang inklusif dan ceria terpancar jelas dalam projek pembangunannya di setiap lokasi seperti Kuantan, Morib dan Kuching. Tidak kira pembangunan kediaman mahupun projek taman tema air, projek Sentoria senantiasa melambangkan inovasi, kecemerlangan dan komitmen untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan serta pemegang taruh.

Selaku pemain industri hartanah dan pembinaan yang berpengalaman di Malaysia, kepimpinan Sentoria bersama pasukan pakarnya kekal nekad untuk membina hari esok yang lebih bermakna.

Investor@Tadbir Urus

Kami memahami bahawa selaku pelabur yang dihormati anda berhak untuk tidak mempercayai janji dan komitmen kami seadanya. Justeru itu, kami kongsikan di sini semua dokumen penting berkaitan tadbir urus syarikat seperti piagam lembaga pengarah, terma rujukan, pendedahan korporat. Sila pilih dokumen anda di bawah.

Maklumat Am

Terms of Reference for: Audit and Risk Management Committee

Terms of Reference for: Nomination and Remuneration Committee

Ahli Lembaga Pengarah

Menerajui Sentoria dalam melaksanakan visi serta melakar masa depan perumahan mampu milik ialah barisan kepimpinan berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang masing-masing. Anda dijemput untuk mengenal dengan lebih dekat setiap individu berbakat yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan Sentoria.

Datuk Dr. Ras Adiba Binti Mohd Radzi
Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas

Datuk Ras Adiba Mohd Radzi telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 5 Januari 2024 dan telah dipilih sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas syarikat pada 12 Januari 2024.

Datuk Ras, seorang tokoh yang disegani kerana ketahanan dan kepakarannya dalam pelbagai bidang, membawa bersamanya pengalaman yang luas disamping visi belas kasihan ke meja lembaga pengarah. Perjalanan kerjayanya bermula sebagai pembaca berita popular yang kemudiannya bertukar kepada atlet paralimpik negara sebelum menjadi penyokong dan aktivis tegar komuniti kurang upaya. Berikutan kecederaan tulang belakang yang serius, hidupnya berubah 360 darjah dimana beliau bukan sahaja berjaya mengatasi cabaran penyakitnya, malah cemerlang dalam acara sukan para antarabangsa. Beliau telah mencipta pelbagai rekod pertandingan termasuk rekod berkerusi roda sejauh 490 km dari Johor Bahru ke Putrajaya dalam masa kurang daripada 10 hari. Perjalanan luar biasa ini menjadi simbol kekuatan dan keazaman beliau yang tidak pernah padam.

Sebagai bekas Senator dan Pengerusi Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Ras memperjuangkan komitmen terhadap dasar inklusif dan penambahbaikan sosial di Malaysia. Kepimpinan strategik beliau yang diasah selama lebih dua dekad dalam bidang kewartanan siaran diperkayakan lagi oleh penglibatan strategik beliau dalam aktivisme dasar berkaitan reformasi pendidikan, pembangunan infrastruktur dan pemerkasaan sosio-ekonomi. Apa yang lebih menarik lagi Datuk Dr. Ras juga merupakan contoh tauladan terbaik dalam pendidikan sepanjang hayat lantaran profil akademiknya yang mengkagumkan. Beliau memiliki ijazah MBA selain dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat. Kesemua ini menjadikan beliau aset berharga kepada Lembaga Pengarah Sentoria dimana Datuk Ras berupaya untuk menyumbangkan buah fikiran serta menerajui inisiatif berimpak tinggi dalam merealisasikan visi progresif Sentoria untuk muncul sebagai pembangun hartanah yang berpusatkan komuniti.

Dato’ Chan Kong San
Pengarah Urusan Bersama

Dato’ Chan Kong San yang juga merupakan pengasas bersama Kumpulan telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 15 Mac 1999. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Urusan Bersama pada 23 Mei 2011.

Beliau merupakan graduan Kejuruteraan Awam dari Universiti Texas di Arlington, Amerika Syarikat pada tahun 1986. Dato’ Chan kemudiannya diterima sebagai ahli dalam the Institution of Engineers, Malaysia pada tahun 1993. Sebelum menjadi pengasas bersama Kumpulan pada tahun 1999, beliau telah menimba pengalaman di banyak firma perunding selain syarikat pembangunan hartanah utama di Malaysia.

Dato’ Chan menghadiri lapan (8) daripada sembilan (9) mesyuarat ahli Lembaga Pengarah yang berlangsung sepanjang tahun kewangan yang berakhir pada 30 September 2023.

Dato’ Gan Kim Leong
Pengarah Urusan Bersama

Dato’ Gan Kim Leong yang juga merupakan pengasas bersama Kumpulan telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 1 September 1999. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Urusan Bersama pada 23 Mei 2011.

Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya pada tahun 1987. Dato’ Gan kemudiannya memperolehi MBA pada tahun 1993 dari Universiti yang sama. Beliau diterima sebagai ahli dalam the Institution of Engineers, Malaysia pada tahun 1993 dan turut berdaftar sebagai ahli dengan the Professional Engineer of the Board of Engineers Malaysia pada tahun 1994.

Sebelum menjadi pengasas bersama Kumpulan, Dato’ Gan telah menimba pengalaman di banyak syarikat pembangunan hartanah serta industri pembinaan dalam kapasiti pengurusan kanan.

Dato’ Gan menghadiri kesemua sembilan (9) mesyuarat ahli Lembaga Pengarah yang berlangsung sepanjang tahun kewangan yang berakhir pada 30 September 2023.

Dato’ Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Imam Arshad
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Dato’ Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Imam Arshad telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 1 Oktober 2015 sebelum dipilih sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas syarikat pada 30 September 2020. Dato’ Hj. Abdul Rahman sekali lagi dinamai semula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 12 Januari 2024. Beliau juga turut mengundurkan diri daripada Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko, Pelantikan dan Ganjaran.

Dato’ Hj. Abdul Rahman memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya pada tahun 1973. Pada tahun 1990, beliau berjaya memperolehi ijazah Sarjana Pentadbiran Awam juga dari Universiti yang sama.

Kerjaya Dato’ Hj. Abdul Rahman bermula sebagai Penolong Setiausaha Kewangan di Kementerian Pendidikan. Beliau berpindah ke Kementerian Kesihatan pada tahun 1978 dan kekal di situ sehingga tahun 1986. Sepanjang tempoh beliau di Kementerian Kesihatan, Dato’ Hj. Abdul Rahman pernah menjawat pelbagai jawatan antaranya Pentadbir Kanan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia dan Penolong Setiausaha Kanan di Bahagian Pemerolehan Kementerian Kesihatan. Dato’ Hj. Abdul Rahman kemudiannya ditukarkan ke Kementerian Kerja Raya sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan negeri Perak pada tahun 1990.

Kerjaya Dato’ Hj. Abdul Rahman membuka lembaran barunya di Pejabat Pembangunan Negeri Johor pada tahun 1995 dimana beliau mewakili Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Dato’ Hj. Abdul Rahman terus diberi kepercayaan sebagai Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri Pahang pada tahun 2000 sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Pahang pada tahun 2002. Kemuncak kerjaya Dato’ Hj. Abdul Rahman adalah pada tahun 2004 apabila beliau diberi amanah selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dimana beliau kekal memegang jawatan ini sehinggalah beliau berpencen pada tahun 2006.

Dato’ Hj. Abdul Rahman menghadiri kesemua sembilan (9) mesyuarat ahli Lembaga Pengarah yang berlangsung sepanjang tahun kewangan yang berakhir pada 30 September 2023.

Dr. Lim Zhao Qi
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Dr. Lim Zhao Qi telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 5 Januari 2024. Beliau turut dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko, dan Pelantikan dan Ganjaran pada 12 Januari 2024.

Dengan latar profesional yang unggul, Dr. Lim turut memiliki kelayakan akademik cemerlang dengan rekod prestasi yang baik dalam sektor kewangan. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi Sydney dan turut memiliki sijil pengajian eksekutif dari Sekolah Perniagaan Harvard. Selain itu, Dr. Lim juga mengkhusus dalam perkhidmatan inovasi kewangan ketika menuntut di Universiti Nasional Singapura.

Kerjaya Dr. Lim menyaksikan beliau terlibat dalam pelbagai sektor seperti perkakas perubatan pakai buang, pelancongan dan pengurusan hotel serta kelapa sawit (minyak masak dan biodisel) sekaligus membuktikan beliau sebagai seorang bakat yang serba boleh.

Hal ini jelas apabila Dr. Lim disunting oleh European Credit Investment Bank Ltd. sebagai Pengarah Eksekutif bank pelaburan itu. Di bawah kepimpinan beliau, insitusi tersebut telah mengalami pertumbuhan yang amat memberangsangkan. Visi dan wawasan industri beliau yang strategik menjadi faktor penting dalam memacu bank tersebut ke suatu tahap yang baru.

Pada 28 Disember 2023, Dr. Lim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Bank Pelaburan Labuan (LIBA).

Mr. Lim Poh Seong
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Mr Lim Poh Seong telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 5 Januari 2024. Pada 12 Januari 2024, beliau dinamakan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko, dan Pelantikan dan Ganjaran.

Mr. Lim merupakan felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan ahli Institut Akauntan Malaysia. Mr. Lim mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam pengauditan, perakaunan, kewangan korporat dan pentadbiran keseluruhan operasi perniagaan.

Beliau memulakan kerjaya di sebuah firma perakaunan terkemuka di Kuala Lumpur pada tahun 1989. Setelah itu, Mr. Lim menyertai sektor komersil dimana beliau memegang pelbagai jawatan di bahagian kewangan dan operasi di beberapa syarikat tersenarai awam Malaysia. Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pantai Holdings Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam yang terlibat dalam penjagaan kesihatan dimana Mr. Lim diberikan tanggungjawab untuk menyelia operasi dan kewangan keseluruhan Kumpulan daripada bulan April 2001 sehingga bulan September 2005. Mr. Lim meninggalkan Kumpulan pada bulan Februari 2007 sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan. Beliau kemudiannya dilamar oleh Paos Holdings Berhad dan Asia Poly Holdings Berhad sebagai Pengarah Eksekutif antara tahun 2007 dan 2008.

Mr. Lim kini turut menganggotai Lembaga Pengarah Hup Seng Industries Berhad dan Samaiden Group Berhad selaku Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

Pengurusan Tertinggi

Mengemudi operasi harian dan memastikan kelancaran pelaksanaan visi ialah barisan pengurusan tertinggi Sentoria. Mereka dibarisi oleh tenaga profesional dan pakar dalam pelbagai bidang yang merentas industri. Dengan kepakaran ini, Sentoria siap untuk merealisasikan perumahan mampu milik menerusi sentuhan inovatif dan komitmen padu daripada pengurusan tertingginya.

Dato’ Chan Kong San
Pengarah Urusan Bersama

Dato’ Chan Kong San yang juga merupakan pengasas bersama Kumpulan telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 15 Mac 1999. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Urusan Bersama pada 23 Mei 2011. Beliau merupakan graduan Kejuruteraan Awam dari Universiti Texas di Arlington, Amerika Syarikat pada tahun 1986. Dato’ Chan kemudiannya diterima sebagai ahli dalam the Institution of Engineers, Malaysia pada tahun 1993. Sebelum menjadi pengasas bersama Kumpulan pada tahun 1999, beliau telah menimba pengalaman di banyak firma perunding selain syarikat pembangunan hartanah utama di Malaysia.

Dato’ Gan Kim Leong
Pengarah Urusan Bersama

Dato’ Gan Kim Leong yang juga merupakan pengasas bersama Kumpulan telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 1 September 1999. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Urusan Bersama pada 23 Mei 2011. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya pada tahun 1987. Dato’ Gan kemudiannya memperolehi MBA pada tahun 1993 dari Universiti yang sama. Beliau diterima sebagai ahli dalam the Institution of Engineers, Malaysia pada tahun 1993 dan turut berdaftar sebagai ahli dengan the Professional Engineer of the Board of Engineers Malaysia pada tahun 1994. Sebelum menjadi pengasas bersama Kumpulan, Dato’ Gan telah menimba pengalaman di banyak syarikat pembangunan hartanah serta industri pembinaan dalam kapasiti pengurusan kanan.

Dato’ Loh Yuen Tuck
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Dato’ Loh menyertai Kumpulan pada bulan Januari 2024. Beliau mengetuai pasukan transformasi yang dipertanggungjawabkan untuk memulihkan Kumpulan. Dato’ Loh mempunyai pengalaman luas dalam pemulihan operasi dan kewangan korporat setelah terlibat dalam pelaburan dan perkongsian strategik selama lebih 30 tahun. Beliau diamanahkan untuk mengemudi haluan strategik, pembangunan perniagaan dan diversifikasi Kumpulan lantaran pengetahuan luas dan jaringan dalam sektor kewangan, hartanah dan teknologi. Sebelum menyertai Sentoria, Dato’ Loh pernah bersama Quilter Goodison London, United Kingdom, SJ Securities Malaysia, Jupiter Securities, Phileo Peregrine Securities, Sun Hung Kai, Hong Kong dan Robertson Stephens Inc. Beliau juga pernah mengepalai pejabat pelaburan keluarga dengan portfolio pelaburan hartanah di Malaysia, United Kingdom, dan Australia. Dato’ Loh juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif V-cube Malaysia (modal terbayar RM11.7 juta), sebuah syarikat gabungan Kumpulan V-cube Inc. (modal terbayar Rm250 juta) yang tersenarai di Bursa Saham Tokyo yang mengkhusus dalam aplikasi digital (pernah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa Frost & Sullivan). Dato’ Loh merupakan bekas penuntut Anglo Chinese Junior College, Singapura sebelum menyambung pengajian di Universiti Nasional Singapura dan University of London dimana beliau mengkhusus dalam ekonomi dan perakaunan. Beliau dianugerahkan dengan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2014 selain Anugerah CEO 2016 oleh Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia atas sumbangannya kepada sektor peruncitan dan hartanah. Dato’ Loh juga aktif dalam khidmat komuniti antarabangsa di Nepal.

Ms. Lim Soo Yoon
Penolong Pengurus Besar Kewangan dan Operasi

Ms. Lim menyertai Kumpulan sebagai Eksekutif Akaun pada tahun 2005. Beliau memiliki sijil dalam tata buku dari London Chamber of Commerce dan Industry Examinations Board. Berbekalkan pengalaman selama lebih daripada 30 tahun, Ms. Lim mempunyai pengalaman luas dalam perakaunan pembangunan hartanah dan pembinaan. Berkat dedikasi dan kerja kerasnya, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatannya sekarang sebagai Penolong Pengurus Besar Kewangan dan Operasi pada tahun 2013.