Kejujuran dan ketelusan mendasari setiap apa yang kami lakukan di Sentoria Group Berhad. Sepanjang tiga bulan lepas, kami telah bertungkus-lumus untuk menyambung semula projek pembangunan hartanah di Morib. Sambil mengakui akan pelbagai cabaran di lapangan, kami bertekad untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala bentuk kekhilafan sebelum ini.
Kami amat prihatin akan keluh resah para pembeli serta kekecewaan mereka selama ini. Justeru, pasukan kami ingin berkongsi dengan para pembeli yang kami hormati kemajuan projek perumahan yang amat memberangsangkan sejak bulan Januari. Semua ini ialah hasil dedikasi serta ketahanan pasukan kami. Segala onak duri yang ditempuh telah menjadikan pasukan kami lebih nekad untuk mencapai hasil yang boleh diukur secara objektif. Kami jemput anda, khususnya para pembeli yang disanjungi, untuk melihat dan menilai kemajuan kukuh yang telah dicapai menerusi persembahan video yang dikongsikan di sini. Inilah bukti usaha berkumpulan serta iltizam penuh kami dalam memastikan kemajuan projek yang berterusan.
Melangkah ke hadapan, pasukan kami berikrar untuk mempercepat penambahbaikan projek di samping memastikan kelancaran proses penyerahan rumah kepada para pembeli kami. Percayalah, setiap keputusan yang dibuat adalah bersandarkan kepada komitment kami untuk memastikan kepuasan para pelanggan serta kejayaan bandar kediaman peranginan Teluk Morib.
Terima kasih kami atas sokongan dan kesabaran anda yang berterusan di sepanjang perjalanan transformasi kita sehingga saat ini. Kepercayaan anda amat bermakna buat kami dan kami komited untuk terus mencari penyelesaian kepada setiap cabaran kini dan yang mendatang.