Kami amat teruja untuk berkongsi suatu lagi berita penting berkaitan Kumpulan dengan para rakan, pelabur dan pembeli hartanah kami yang disegani.
Bursa Malaysia telah pun meluluskan inisiatif dana RCB berjumlah MYR150 juta. Berita baik ini bukan sekadar menyuntik pengukuhan kewangan Kumpulan, malah lebih daripada itu menjadi bukti kepada iltizam kami dalam memastikan pertumbuhan Kumpulan yang mapan.
Kelulusan oleh Bursa ini bakal meletakkan Sentoria Group Berhad dalam kedudukan yang lebih kukuh daripada sebelumnya, sekaligus membantu kami mencapai komitmen terhadap para pemegang taruh menerusi usaha jitu dalam menyempurnakan pembangunan projek.
Kami ingin melantunkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan, pelabur dan pembeli atas kesabaran dan sokongan padu mereka. Kesemua ini telah menyumbang kepada pencapaian hari ini dan kami yakin untuk terus melakar kejayaan demi untuk membina hari esok yang lebih bermakna.