Suatu lagi sejarah tercipta hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi baru Kumpulan, Datuk Dr. Ras Adiba. Turut serta menjayakan mesyuarat yang dijalankan secara maya itu ialah semua Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan. Lebih mengujakan, Mesyuarat hari ini telah meluluskan kesemua agenda dengan suara sokongan yang padu.
Di kesempatan ini kami ingin menzahirkan keprihatinan kami terhadap segala cabaran yang dihadapi oleh para pembeli projek perumahan kami. Dengan ikhlas kami memohon ampun dan maaf atas segala kelewatan yang telah berlaku sebelum ketibaan Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi yang baru. Namun percayalah bahawa Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan yang baru bertekad untuk menyelesaikan segala isu tertunggak dengan penuh empati.
Dengan sokongan berterusan daripada para pemegang saham, kami akan memacu pertumbuhan yang mapan di hari mendatang demi meningkatkan nilai para pemegang saham kami. Adalah diharapkan agar kejayan hari ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kejayaan selepas ini dalam usaha Sentoria Group Berhad untuk membina hari esok yang lebih bermakna.