Arabian Bay Resort

Lokasi

Bandar Peranginan Bukit Gambang, Pahang

Status

Siap Sepenuhnya

Arabian Bay Resort

Lokasi

Bandar Peranginan Bukit Gambang, Pahang

Status

Siap Sepenuhnya

Rasai Kemewahan di Arabian Bay Resort

Hayati keunggulan suatu persinggahan peranginan di Arabian Bay Resort, permata terbaru Sentoria di Bandar Peranginan Bukit Gambang! Puaskan diri anda dengan citarase mewah di suit peranginan deluxe sepenuhnya dan didatangkan dengan bangunan kelab canggih, pusat hiburan dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran yang luas.

Terokai 546 Suit

Terdiri daripada 546 suit yang merangkumi 320 Family Deluxe, 216 Studio Deluxe, 8 Arabian Suites, dan 2 Penthouse Suites. Setiap suit dilengkapi dengan balkoni peribadi, ruang tamu, dan bilik mandi untuk setiap bilik tidur. Semua suit dilengkapi dengan kemudahan bilik yang lengkap. Kemudahan ruang makan dan dapur disediakan untuk suit Family Deluxe dan Penthouse.

Raikan Momen Yang Tidak Dapat Dilupakan

Untuk apa jua acara baik perkumpulan intim keluarga dan teman mahupun persidangan besar, Grand Ballroom terkini kami sedia menghoskan acara anda dengan kapisiti maksimum 3,100 tetamu pada satu-satu masa. Julang gaya hidup anda di Arabian Bay Resort dimana keharmonian hidup dan keselesaan tiada bandingan menyatu.